Taqwa
secara mudah ialah "menjunjung dan melaksanakan segala suruhan Allah dan menjauhi serta meninggalkan segala larangan Allah."
Berdasarkan erti Taqwa ini, ia mengandungi tiga makna sebagaimana yang di jelaskan oleh al-Imam al-Ghazali rahimahullah. Ianya bererti takut, taat, dan menyucikan hati dari dosa-dosa. Apabila kita rangkumkan ketiga-tiga makna ini dalam diri kita, maka barulah dapat menghasilkan kesan yang mendalam dalam kehidupan kita.
Majlis Ugama Islam Singapura, Khutbah Jumaat, 8 Disember 2006 / 17 Zulkaedah 1427, Nilai Taqwa Dalam Kehidupan
Tawakkal
Dari sudut bahasa: Menyerahkan urusan kepada orang lain.
Istilah :
1. Berserah kepada Allah Subhanahu wa Taala serta percaya dengan apa yang ada padaNya dan tidak bergantung kepada manusia.
2. Serahkan hati kepada Allah Subhanahu wa Taala sebagaimana mayat yang dimandikan.
3. Bergantung kepada Allah Subhanahu wa Taala dalam semua urusan.
4. Redha dengan Allah Subhanahu wa Taala.
http://rdhanz.blogspot.com/2009/03/5-erti-tawakkal.html
Ciri-ciri orang yang tawakkal:
i) Tidak takut kepada makhluk.
ii) Tidak tunduk kepada makhluk.
iii) Tidak hina dan menghinakan diri di hadapan makhluk.
iv) Tidak meminta pertolongan melainkan kepada Allah Subhanahu wa Taala.
Ibnu Qayyim
1. Bersangka baik kepada Allah Subhanahu wa Taala itu kunci kepada tawakkal.
2. Menyerahkan segala urusan kepada Allahu Subhanahu wa Taala itu roh kepada tawakkal.
3. Redha itu hasil tawakkal.
Menyerahkan segala urusan kepada Allah Subhanahu wa Taala seperti seorang anak menyerahkan semua urusan kepada bapanya kerana yakin bapanya lebih mampu untuk menyelesaikan urusan tersebut dengan sempurna.
http://rdhanz.blogspot.com/2009/03/hakikat-tawakkal.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment