Friday, July 30, 2010

Nak duit ke nak KAYA? Ke nak duit raya??

Hi all.... Saya suka cakap pasal duit dan kekayaan ni. Agak-agaknya duit dan kekayaan adalah perkara yang sama atau berbeza? Berkaitan atau tidak?

Well, these are my opinion thru my life time experience so far.. Urmm...


Bila saya mahukan duit,
>saya terlupa perasaan orang sekeliling saya.
>saya menjadi rakus dan tidak keruan.
>saya kurang ikhlas dalam menjaga dan menjalin silaturrahim.
>saya sibuk yang tidak tentu arah
>saya suntuk dalam pertimbangan
>saya berbuat apa saja walaupun menipu diri sendiri dengan melakukan perkara yang saya tidak suka.

Bila saya mahukan KEKAYAAN,
>saya lebih menghargai akan perasaan dan keperluan orang sekeliling
>terasa lebih ikhlas dalam menjaga dan menjalin silaturrahim
>saya belajar merancang dengan sabar  
>saya belajar menjaga emosi saya
>saya enjoy dan menghargai setiap pekerjaan saya
>saya lebih bebas dan bahagia...

So, saya merasakan,  mahukan duit dan mahukan kekayaan adalah dua perkara yang sangat kontra dan tiada kaitan antara satu sama lain. Sebab duit hanya terhad kepada material sahaja sedangkan KEKAYAAN adalah sangat luas dan berjangka panjang sehingga meliputi kehidupan sekarang juga selepas. Here and after.

Kesimpulan saya, jika saya mahukan duit, saya sudah melepaskan KEKAYAAN dan jika saya mahukan KEKAYAAN, saya harus lepaskan duit. Saya memilih untuk KAYA dan berjaya..

Saya KAYA dan berjaya!.. Alhamdulillaahh... Aminn Ya Rabbal Alaminn...

Friday, July 16, 2010

Asmaul Husna dan Rezeki....

Saya tak baca newspaper. Nasib baik ada sms from a friend. 

"NST 15/07: Effective midnight, fuel prices up 5 sen per litre, sugar up 25 sen per kg and cooking gas revised upwards between RM1 and RM1.40"

Petanda apa ni ek? Ini petanda tahap Taqwa kita semua la kan? Napa lak camtu eh? Apa kaitan? Ermm....

Apa yang kita terfikir setiap kali fenomena ini melanda (melanda lah pulak.. huhu)?... Bekerja lebih masa? Berusaha berlipat kali ganda? Menjadi lebih kreatif dan produktif? Semua ini betul... Tapi ada satu lagi yang lebih betul bagi pandangan hati saya.

Setiap daripada 99 Asmaul Husna itu adalah nafas dan nadi kehidupan kita sebenarnya. Ramai yang tidak sedar dan tahu tentang ini. Meyakininya apatah lagi...

Sifat Allah yang satu ini iaitu 'ArRazq', Allah Maha Pemberi Rezeki amat menepati konteks kita hari ini. Yakin dan percayalah sepenuh jiwa anda. Jangan takut dan janganlah gusar. Cuma perhatikan Taqwa kita kepadaNya. DIA akan melimpahkan kurnia dan rezeki kepada hamba-hambaNya yang soleh. Macamana ini berlaku?? If saya nak huraikan lagi, sangat panjang... Bacalah entry saya since the beginning then u'll understand the flow.. Insya Allahhh...

My credit goes to:  http://padi-malaysia.blogspot.com/