Friday, April 30, 2010

Ada Apa dengan Taqwa dan Tawakkal?

I think, with today post, will be my first step of this blog journey. Posts before, could be considered as Mukadimah and warming up only. Baru nak rasa suam-suam kuku nih. Urmm.. Actually, I am blur where and how to begin so I just simply write and to be touched up and continued sooner or later ok? Any comments, arguments, and feedback are mostly welcome.. Semua yang saya tulis hanyalah berbentuk perbincangan dan perkongsian sahaja dan sebenarnya saya menulis adalah untuk diri sendiri. Dengan menulis terasa lebih jelas tentang diri sendiri. Itu saja. Minta maaf kerana sesungguhnya saya tahu dan sedar akan kekurangan diri. Atas dasar itu jugalah perbincangan adalah terbuka..

Assalamualaikum dan Bismillahi Rahmani Rahim...

Dulu, youngsters berperang, tak penat. Qiamullail, baca Quran sepertiga malam. Mereka sangat kuat dan bersemangat. Beribadah bagai esok akan mati dan bekerja bagai 1,000 tahun lagi akan hidup. Mereka bersemangat kerana mereka bermotivatasi. Mereka bermotivasi kerana mereka jelas akan hakikat diri dan penciptaan. Hati mereka segar bugar, terisi oleh cinta sejati lagi abadi. Inilah motivasi diri yang teragung. Masa Rasullullah memula nak bangunkan kota Mekkah, perkara pertama yang dilakukan baginda adalah meruntuhkan berhala. Itu saja. Tidak banyak. He just focus on Aqidah. Maksud Aqidah dari segi bahasa ialah akad atau simpul atau perjanjian. Manakala dari segi istilah pula ialah pegangan dan keyakinan yang pasti bagi seseorang Islam terhadap agama yang dianutinya.

Islamic Civilization is the greatest civilization in the world history. It took less than half abad for ¾ of the world to be showered by the light of Islam. Many ilmuan agung telah lahir. Negara Islam juga banyak resources such as minyak, dan bahan galian lain. Persoalannya, kenapa kita masih begini? Begini yang macamana? Pembaca sudah sedia maklum keadaan kita hari ini. Lihat saja disekeliling kita.

Part of the unstable economy sign are unemployment, inflation, goods and services price increased, poverty etc. We got all those sign including poverty. Our economy didn’t touch or reach its equilibrium point.

Much money spends on rehabilitation works such as pusat serenti, prisons, pusat pemulihan akhlak, etc which we should allocate that money to development such as education, facilities, hospitalization etc. During the golden age of Islamic civilization, all those facilities are provided and even none is eligible for zakat because their economy is stable and reach its equilibrium point (of course no riba’). I learnt the basic Islamic Economy in university so that I can see how bad the riba’ impact on economy is.

We got so many problems with human morals and ethics. Means that our current law is not powerful enough to handle the things. They thought God’s rules are not good enough and as a consequence, we had spent A LOT instead of a tremendous development activties.


The cycle might be larger and larger. Who is the one responsible and able to break the cycle??? Ermm...

Kerana ini lah Taqwa dan Tawakkal itu menjadi teras dalam menjamin rezeki kita. Allah tidak bermaksud rezeki individu tetapi sesebuah masyarakat.

Monday, April 26, 2010

Ertinya..

Taqwa
secara mudah ialah "menjunjung dan melaksanakan segala suruhan Allah dan menjauhi serta meninggalkan segala larangan Allah."

Berdasarkan erti Taqwa ini, ia mengandungi tiga makna sebagaimana yang di jelaskan oleh al-Imam al-Ghazali rahimahullah. Ianya bererti takut, taat, dan menyucikan hati dari dosa-dosa. Apabila kita rangkumkan ketiga-tiga makna ini dalam diri kita, maka barulah dapat menghasilkan kesan yang mendalam dalam kehidupan kita.

Majlis Ugama Islam Singapura, Khutbah Jumaat, 8 Disember 2006 / 17 Zulkaedah 1427, Nilai Taqwa Dalam Kehidupan

Tawakkal
Dari sudut bahasa: Menyerahkan urusan kepada orang lain.
Istilah :
1. Berserah kepada Allah Subhanahu wa Taala serta percaya dengan apa yang ada padaNya dan tidak   bergantung kepada manusia.
2. Serahkan hati kepada Allah Subhanahu wa Taala sebagaimana mayat yang dimandikan.
3. Bergantung kepada Allah Subhanahu wa Taala dalam semua urusan.
4. Redha dengan Allah Subhanahu wa Taala.
http://rdhanz.blogspot.com/2009/03/5-erti-tawakkal.html

Ciri-ciri orang yang tawakkal:
i) Tidak takut kepada makhluk.
ii) Tidak tunduk kepada makhluk.
iii) Tidak hina dan menghinakan diri di hadapan makhluk.
iv) Tidak meminta pertolongan melainkan kepada Allah Subhanahu wa Taala.

Ibnu Qayyim
1. Bersangka baik kepada Allah Subhanahu wa Taala itu kunci kepada tawakkal.
2. Menyerahkan segala urusan kepada Allahu Subhanahu wa Taala itu roh kepada tawakkal.
3. Redha itu hasil tawakkal.
Menyerahkan segala urusan kepada Allah Subhanahu wa Taala seperti seorang anak menyerahkan semua urusan kepada bapanya kerana yakin bapanya lebih mampu untuk menyelesaikan urusan tersebut dengan sempurna.
http://rdhanz.blogspot.com/2009/03/hakikat-tawakkal.html

Saturday, April 24, 2010

Bertaqwa dan Bertawakkal

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan, sesiapa bertawakkal, maka Allah cukupkan baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Cara Allah memberi rezeki kepada kita adalah di luar kemampuan daya fikir kita, di luar sangkaan kita. Allah dah pun menetapkan segalanya. Saya sangat suka (cinta) ayat nih (juga semua firmanNya). So tak perlulah saya sakit kepala MENCARI rezeki itu lagi. Letih sih!.. Apa yang perlu saya buat adalah bertaqwa dan bertawakkal sahaja.. Urmmm..

Haha... Malam (or pagi) ini saya dah timbulkan satu provokasi. Sebarang 'arguement are mostly welcome'.

Friday, April 23, 2010

Air Itu Mengalir


Air Itu Mengalir

Mata air itu mengalir. Itulah sumber penghidupan. Air yang mengalir adalah air yang sihat, bersih, bertenaga, memberi hidup, yang kaya dengan garam galian. Mengandungi nutrisi yang cukup sebagai minuman manusia dan haiwan juga untuk diserap oleh akar tumbuh-tumbuhan. Air yang bertakung boleh merosakkan. Akan keruh, berbau, tempat pembiakan nyamuk dll.

Orang cakap “duit mengalir macam air”? Bagi saya, air itu mirip ekonomi dalam kehidupan ini. Ekonomi yang bergerak dan mengalir itulah ekonomi yang sihat. Duit bila hanya disimpan sahaja, akan menyebabkan ekonomi beku. Ekonomi yang beku akan memudaratkan. Antaranya, pertumbuhan ekonomi dan sosial yang terbantut dan menyuburkan sifat tamak yang akan membuatkan kita lupa diri. Sebab itu Maha Agungnya Allah memerintahkan kita membayar Zakat.

Ekonomi juga merupakan salah satu cabang ilmu Allah di dalam Al-Quran. Saya bukanlah ahlinya untuk terus berbicara tentang Firman-firman Allah. Kecenderungan saya dalam menulis blog “sumber penghidupan” ini adalah meliputi ruang lingkup ekonomi sahaja.

Ada apa dengan ekonomi?

Ekonomi telah mengetuk pintu hati saya sejak zaman sekolah lagi. SPM saya adalah beraliran Sains. Masa itu lagi saya sudah ‘wondering’ tentang ekonomi. Saya mula bertanya kepada kawan-kawan di kelas lain yang beraliran perdagangan tentang ekonomi. Persoalan-persoalan yang menghantui saya ketika itu adalah seperti, apa itu inflasi? Bagaimana ia terjadi? Apakah kesannya? Mengapa dan bagaimana ekonomi individu mempengaruhi ekonomi negara? Allah itu Maha Kaya, Maha Besar. Selepas itu, saya ditempatkan di UiTM dalam kursus ‘Diploma in Banking’. Di sana, saya belajar ekonomi. Then, banyak persoalan-persoalan tersebut terjawab satu persatu.

Dunia ekonomi 'is wonderful actually' kerana ia adalah salah satu cabang ilmu Allah dan sebab itu juga saya katakan ia adalah sumber penghidupan ini. Ia juga perlu mengalir seperti air supaya berfungsi dengan baik sepertimana ia diperlukan oleh isi bumi alam ini.

Setakat inilah dulu Mukadimah 'Part 2' saya ini. Nanti kita bincang lagi. Saya akan bawa pembaca belayar atas kapal ekonomi yang lebih cantik dari kapal Titanic itu. Hehe... Selamat malam (or pagi)..

Wednesday, April 21, 2010

Sumber Penghidupan


Sebagai perkenalan dan sebagai warming up my new born page, saya ingin mengajak pembaca berkongsi pendapat tentang apa itu “Sumber penghidupan”? Ada orang kata, air adalah sumber penghidupan sebab 70% daripada dunia bumi ini adalah air. 70% daripada tubuh kita juga adalah air. Erti kata lain, tanpa air, lumpuhlah segala fungsi tubuh dan alam buana ini.

Ada pula orang kata “sumber penghidupan” adalah Al-Quran sendiri. Firman-firman Allah. Ia bagaikan air bagi manusia. Tanpa firman Allah, matilah manusia (hatinya). Yang hidup dan bergerak itu umpama jasad tanpa hati.

Errr… ada lagi satu.. Orang kata lagi, duit mengalir bagai macam air.. Eh, ada kaitan tak? Heee..

Apa pun juga, marilah kita berdiskusi kiranya....