Friday, April 23, 2010

Air Itu Mengalir


Air Itu Mengalir

Mata air itu mengalir. Itulah sumber penghidupan. Air yang mengalir adalah air yang sihat, bersih, bertenaga, memberi hidup, yang kaya dengan garam galian. Mengandungi nutrisi yang cukup sebagai minuman manusia dan haiwan juga untuk diserap oleh akar tumbuh-tumbuhan. Air yang bertakung boleh merosakkan. Akan keruh, berbau, tempat pembiakan nyamuk dll.

Orang cakap “duit mengalir macam air”? Bagi saya, air itu mirip ekonomi dalam kehidupan ini. Ekonomi yang bergerak dan mengalir itulah ekonomi yang sihat. Duit bila hanya disimpan sahaja, akan menyebabkan ekonomi beku. Ekonomi yang beku akan memudaratkan. Antaranya, pertumbuhan ekonomi dan sosial yang terbantut dan menyuburkan sifat tamak yang akan membuatkan kita lupa diri. Sebab itu Maha Agungnya Allah memerintahkan kita membayar Zakat.

Ekonomi juga merupakan salah satu cabang ilmu Allah di dalam Al-Quran. Saya bukanlah ahlinya untuk terus berbicara tentang Firman-firman Allah. Kecenderungan saya dalam menulis blog “sumber penghidupan” ini adalah meliputi ruang lingkup ekonomi sahaja.

Ada apa dengan ekonomi?

Ekonomi telah mengetuk pintu hati saya sejak zaman sekolah lagi. SPM saya adalah beraliran Sains. Masa itu lagi saya sudah ‘wondering’ tentang ekonomi. Saya mula bertanya kepada kawan-kawan di kelas lain yang beraliran perdagangan tentang ekonomi. Persoalan-persoalan yang menghantui saya ketika itu adalah seperti, apa itu inflasi? Bagaimana ia terjadi? Apakah kesannya? Mengapa dan bagaimana ekonomi individu mempengaruhi ekonomi negara? Allah itu Maha Kaya, Maha Besar. Selepas itu, saya ditempatkan di UiTM dalam kursus ‘Diploma in Banking’. Di sana, saya belajar ekonomi. Then, banyak persoalan-persoalan tersebut terjawab satu persatu.

Dunia ekonomi 'is wonderful actually' kerana ia adalah salah satu cabang ilmu Allah dan sebab itu juga saya katakan ia adalah sumber penghidupan ini. Ia juga perlu mengalir seperti air supaya berfungsi dengan baik sepertimana ia diperlukan oleh isi bumi alam ini.

Setakat inilah dulu Mukadimah 'Part 2' saya ini. Nanti kita bincang lagi. Saya akan bawa pembaca belayar atas kapal ekonomi yang lebih cantik dari kapal Titanic itu. Hehe... Selamat malam (or pagi)..

No comments:

Post a Comment