Kursus Jabatan Sejarah. Kursus kali ini memberi satu suntikan baru pada semangat saya terhadap sejarah. Masyarakat Cina tidak mementingkan agama sama sekali kerana bagi mereka, agama hanyalah untuk upacara tertentu sahaja seperti perkahwinan, kematian, dan perayaan. Tidak seperti orang Islam yang percaya Islam adalah cara hidup yang meliputi seluruh aspek kehidupan. Jadi, apakah yang orang Cina pentingkan? Duit? Benar, mereka mementingkan duit dan kekayaan tapi bukan agama.. Apakah yang menjadi motivasi mereka? Sejarah. Sejarahlah yang menjadi motivasi mereka. Kenapa? Kenapa sejarah menjadi motivasi mereka?
Dengan mengetahui dan memahami sejarah, mereka dapat melihat keagungan kerajaan serta pemimpin dahulu. Sejarah itu adalah sebagai cermin bagi diri mereka. Pemimpin-pemimpin agung menjadi idola mereka. Dari sejarah juga mereka dapat lihat apa yang tidak perlu atau menjadi kesalahan. Jadi mereka tidak akan mengulanginya. Masa dan tenaga mereka hanya akan difokus kepada masa hadapan yang lebih baik dan gemilang berbanding sejarah. Mereka akan teruja untuk menjadi lebih baik dan baik lagi dari semalam. Sejarahlah yang memberitahu mereka siapa, di mana, dan hendak kemana..
Siapakah yang dapat menyangkal kenyataan bahawa merekalah yang termaju di Malaysia hari ini. Di peringkat dunia juga, mereka sedang mendahului ekonomi US.
Soalannya, adakah orang Islam perlu menjadi seperti Cina yang tidak mementingkan agama tetapi mementingkan sejarah itu untuk maju?? Ya.. Tidak.. Ya.. Ermm.. Ya ke Tidak nii?? Huhu..
Seluruh aspek kehidupan adalah Islam, jadi termasuklah sejarah kerana ia adalah hidup kita di masa lalu.. Dalamilah dan fahamilah sejarah kerana sejarah adalah Islam, hidup, dan diri kita..
Thursday, June 3, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)